Rabu, 23 April 2014

Tangan tersepit mesin pengering

Tawau: Seorang pemilik kedai dobi terpaksa menanggung azab kira-kira 15 minit selepas tangan kanannya tersepit pada mesin pengering kain di Jalan Dominic, dekat sini, pagi tadi.
Gambar hiasan

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa Lin Ah Chu, 65, sedang melakukan kerja pembersihan pada mesin terbabit. 
Bagaimanapun, tanpa disedari tangan kanannya tiba-tiba tersepit pada mesin terbabit. 

Suami mangsa yang turut berada ditempat kejadian segera menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan.

Sehubungan itu, sepasukan anggota bomba dikejar ke lokasi kejadian. Operasi menyelamatkan mangsa segera dilakukan dan tangannya berjaya dikeluarkan empat minit kemudian.

Mangsa terpaksa dihantar ke Hospital Besar Tawau dan hanya menerima rawatan sebagai pesakit luar.

0 ulasan:

Catat Ulasan