Selasa, 22 April 2014

5 Telefon Pintar yang di jangka mendapat sambutan untuk 2014



Ini mungkin membantu anda, jika anda bercadang membeli telefon pintar. Sudah semestinya anda mahukan telefon pintar yang terbaik dan berguna untuk anda – sila baca apa yang terdapat didalam senarai ini dan mungkin juga pengguna-pengguna yang lain mempunyai pandangan sendiri, anda bolehlah meletakkan komen anda dibawah.
Jadi apa yang saya beri didalam senarai ini adalah telefon pintar yang mempunyai spesifikasi tinggi dan harganya mahal. Walaupun mahal mereka mampu memberikan kepuasan kepada anda.
Kini telahpun memasuki tahun 2014 dan perkembangan didalam dunia telefon pintar telahpun berubah dan terdapat banyak lagi telefon pintar yang bagus. Masalah ketika anda ingin membeli dan tidak dapat membuat keputusan yang manakah lebih baik – sila baca senarai ini untuk mengetahui apa kelebihan masing-masing. Anda disarankan untuk membaca spesifikasi penuh telefon-telefon pintar ini terlebih dahulu.
5) iPhone 5S

iPhone 5S yang telah dilancarkan pada tahun lepas 2013 dan kini masih lagi didalam senarai. Ianya merupakan telefon pintar yang canggih kerana mempunyai pengimbas cap jari (Touch-ID), anda boleh membuka kekunci telefon pintar anda dengan hanya meletakkan ibu jari anda di butang “home”. Ianya juga bukan telefon pintar yang pertama mempunyai pengimbas cap jari, namun HTC One juga mempunyai ciri-ciri ini tetapi ianya boleh didapati dibelakang telefon pintar itu.
Mungkin anda ingat telefon pintar keluaran Apple ini mempunyai kedudukan atas, kita telahpun memasuki tahun 2014 dan Samsung telah mengeluarkan produk terhebat mereka iaitu Samsung Galaxy S5 yang telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada bulan lepas.
Walaubagaimanapun mari kita sambung dengan kelebihan iPhone 5s ini – peranti ini mempunyai cip pemproses 64-bit, dua speaker yang telah dikemas-kini berbanding dengan peranti sebelum ini dan dijanakan oleh iOS 7 yang membawakan lebih kawalan, kuasa dan kecantikan.
4) LG G2


Mungkin sedikit pelik kerana telefon pintar LG mempunyai kedudukan lebih bagus berbanding iPhone 5S, namun ianya telahpun mengejutkkan semua orang dengan untuk mengalahkan HTC One daripada mendapat tempat pertama pada tahun 2013.
LG G2 ini hadir dengan skrin bersaiz 5.2-inci bersama paparan True HD-IPS + LCD capacitive. Mempunyai reka bentuk badan yang nipis dan cantik. Berkata mengenai perkakasan, ianya menggunakan pemproses quad-core dengan kelajuan 2.2GHz Krait 400. Telefon pintar ini juga mempunyai bateri dan kamera yang bagus, dan tidak lupa juga harganya juga berpatutan dengan apa yang diberi.
3. Samsung Galaxy S5


Samsung Galaxy S5 keluaran terhangat pada tahun 2014 buat masa ini. Walaubagaimanapun Galaxy S5 ini mempunyai banyak persaingan seperti HTC One M8 dan juga Sony Xperia Z2 namun ianya mendapat tempat ketiga tertinggi.
Kelebihan Samsung Galaxy S5 ini mempunyai cip pemproses yang bagus sehingga mampu dikatakan lebih bagus berbanding  HTC One M8, iaitu Qualcomm Snapdragon 801 CPU.
Tambahan ciri-ciri yang membuat Galaxy S5 ini menarik adalah, Heart Rate Monitor, pengimbas cap jari dan kamera yang lebih bagus dengan 16MP bersama sensor ISOCELL.
Jika anda ingin membeli Samsung Galaxy S5 ini ianya amat memuaskan dengan antaramuka yang baru dan kalis air seperti Galaxy S4 Zoom namun lebih bagus.
2) Sony Xperia Z2


Sony telahpun mencuba  yang terbaik untuk memuaskan peminat mereka dengan keluaran Xperia Z yang tidak mendapat sambutan bagus dan disertai beberapa bulan selepas itu dengan keluaran Xperia Z1 telahpun membangkitkan kembali harapan mereka untuk memberi yang terbaik.
Pada tahun ini mereka hadir dengan keluaran yang boleh dikatakan terbaik dengan sokongan IPS untuk paparan mereka. Kali ini mereka memberikan kamera yang bagus, bateri yang bagus (apa yang pengguna mahukan) dan lebih berkuasa. Xperia Z2 ini adalah salah satu telefon pintar yang mempunyai spesifikasi tinggi yang pengguna mahukan, dan ianya telahpun menarik hati kami untuk mendapatkan satu.
Walaupun kamera telefon ini telah dikemas-kini namun ia masih mempunyai kekurangan. Mereka perlu menambah banyak lagi ciri-ciri kamera mereka untuk bersaing dengan syarikat-syarikat lain. Namun Xperia Z2 ini adalah telefon pintar yang pertama membawakan rakaman video 4k. Sebagai peringatan, Sila lihat spesifikasi Xperia Z2ini terlebih dahulu dan mencuba ia sebelum membeli.  Kerana ia mempunyai ukuran yang sedikit besar dan sesetengah pengguna tidak suka kepada telefon pintar yang besar.
1) HTC One M8


HTC One M8 telah mendapat tempat pertama didalam senarai ini, HTC telah memberikan kita sesuatu yang baru dengan  telefon pintar mempunyai dua kamera? BoomSound yang telah dikemas-kin.
Dengan kamera duo ini HTC menggunakan pemproses Snapdragon 801, ianya membantu memproses gambar yang telah diambil dengan lebih pantas – dan dengan kamera duo anda mampu memfokuskan kembali gambar yang telah diambil mengikut kemahuan anda – tidak lupa juga kamera bahagian hadapan HTC One M8 ini juga bagus.
Mereka juga telah melancarkan penutup pelindung telefon pintar mereka sendiri yang cantik untuk mengenakan dengan HTC One M8 ini yang dikenali sebagai Dot View Case seperti gambar dibawah.


HTC One M8 ini mempunyai harga yang mahal namun ianya berpatutan dengan spesifikasi telefon pintar ini dan kelebihan ia.  Kerana Samsung Galaxy S5 dan juga Xperia Z2 gagal untuk mendapatkan tempat teratas didalam senarai ini. Namun pada tahun ini mungkin kita akan lihat keluaran Apple terbaru iPhone 6, adakah ianya cukup baik untuk menjadi yang teratas?




0 ulasan:

Catat Ulasan