Ahad, 20 April 2014

Menantikan WWDC 2014, Apple akan mengumumkan iOS 8 dan OS X 10.10 dan banyak lagi




Semakin menghampiri tarikh WWDC 2014, 2 June 2014, Syarikat teknologi Apple akan mengumumkan pelbagai teknologi baru dan memperbaiki teknologi sedia ada. Antara yang dijangka akan diumumkan ialah sistem Mac OS X 10.10 , 12 inci Mac Book Air, and paling dinanti-nantikan ialah iOS 8


Apa yang boleh kita jangka akan diumumkan di WWDC 2014?



1. iOS 8 


Seperti kata laman web knowyourmobile, jika Apple tidak mengumumkan iOS 8 pada tahun ini, Google dan Samsung akan mengisytiharkan kemenangan sepenuhnya ke atas industri telefon mudah alih. 


Mungkin kali ini Apple akan mengumumkan iOS 8 dengan design yang sama tetapi dengan sedikit perubahan. 



2. OS X 10.10 


Mungkin OS X akan membuat sedikit perubahan seperti ikon baru dan UI yang baru untuk beberapa applikasi seperti Reminder, Message ataupun Kalkulator. Khabar angin juga mengatakan rombakan besar akan dilakukan dengan Itunes Store dan Itunes. Peminat juga menjangka  intergrasi AirDrop antara iOS 7 dan OS X akan lebih lancar. 



3. Mac Book Air 12 Inci.

Walaupun WWDC banyak mengenai software, tetapi Apple ingin mengejutkan para peminat dengan mengumumkan gajet baru dan khabar angin mengatakan Apple sedang berusaha untuk mengeluarkan Mac Book Air berukuran 12 Inci dengan Retina Display. Mac Book Air sebelum ini menawarkan ukuran 11 dan 13 inci, ada juga mengatakan Apple akan menipiskan lagi Mac Book Air kali ini. mungkin akan dilengkapkan dengan A7 procesor atau chip A8 yang belum diumumkan


4. iWatch

 


Peminat menantikan iWatch tetapi bila mereka akan mengumumkannya? kerana Jun menjadi terlalu awal untuk mereka mengumumkannya kerana mungkin iWatch akan mula dijual pada Oktober atau November.

Menurut laman web knowyourmobile, jika khabar angin mengenai iWatch adalah benar, iWatch akan mempunyai ciri - ciri kesihatan yang amat terperinci dan untuk itu mereka perlukan perlepasan dari FDA Amerika dan untuk mendapatkan perlepasan dari FDA bukanlah perkara remeh dan mudah, ia memerlukan banyak kertas kerja dan Apple tidak akan dapat menyembunyikan infomasi ini kerana peraturan "Freedom of Information" yang ada di FDA. Kertas kerja yang banyak akan membuatkan peluang untuk maklumat dibocorkan amat tinggi dan Apple tidak akan sanggup untuk menghadapi risiko.. Mereka akan mengumumkan sebelum pihak lain membocorkan maklumat mereka.


Jika benar iWatch akan diumumkan, ia akan menerima aplikasi luar dan ia akan membuka peluang kepada pihak pemaju ketiga untuk membangunkan aplikasi sebelum iWatch mula dijual.



Apa pun kita akan tahu jawapannya pada WWDC 2014 akan berlangsung bermula 2 Jun hingga 6 Jun 2014 di San Francisco 



Sumber Knowyourmobile








0 ulasan:

Catat Ulasan