Ahad, 20 April 2014

5 Pulau tercantik di Asia


Di Asia ini, terdapat pelbagai pulau yang sangat cantik dan bersih. tidak perlu sampai ke Kepulauan French Polynesia untuk menikmati pantai pasir putih, air laut yang jernih dan permandangan yang indah. Ini adalah senarai antara pulau tercantik di Asia. 

1.  Koh Tao Surat Thani, Thailand


Terletak di Teluk Siam, Pulau Koh Tao dipenuhi pasir putih dan cerun menjadi kegemaran pelancong kerana ia menawarkan hampir 300 hari musim panas untuk dinikmati.



2. Bali, Indonesia


Menjadi pilihan ramai kerana pantai yang bersih dan jernih, Bali juga penuh dengan budaya yang berwarna warni. Pelancong boleh belajar meluncur air dan meyelam serta menonton tarian tradisional dan belajar melukis batik, jika ingin ketenangan. pelancong boleh menyertai kelas yoga. 


3. Ko Phangan , Thailand


Setiap kali bulan mengambang, pelancong dan penduduk akan memenuhi pulau ini untuk meyertai parti "Full Moon". disiang hari anda akan dapat menikmati pantai pasir putih dan air kelapa segar untuk menghilangkan haus. Jika anda seorang penyelam, mungkin dapat mencuba menyelam di Sailrock untuk menikmati permandangan dasar laut yang menarik


4. Gili Terawangan,  Kepulauan Gili, Indonesia



Gili Terawangan adalah antara tiga pulau di kepulauan Gili, Lombok, Indonesia. Gili Terawangan ialah syurga untuk penyelam, terdapat banyak kedai dan sekolah menyelam disini. Kepulauan ini mempunyai permandangan dasar laut yang indah dan antara tempat penyelam terkenal di dunia. Terdapat juga banglo di tepi laut yang menjanjikan permandangan terindah 

5. Boracay, Visayas, Filipina.




Hanya sepanjang 7.2 km. Pulau ini dapat dijelajah hanya dengan basikal atau motosikal sewa yang terdapat dipulau ini. Jangan teperdaya dengan saiznya kerana pulau ini terdapat beberapa pantai yang memukau seperti Yapak Beach yang dipenuhi cengkerang putih, White Beach yang menjanji permandangan matahari terbenam yang indah, Balinghai Beach yang terpencil sesuai untuk berbulan madu. Jika anda sampai pada musim yang sesuai anda akan dijanjikan pengalaman di tropikal terindah dalam hidup anda.



Sumber dari TripAdvisor









0 ulasan:

Catat Ulasan