Selasa, 22 April 2014

Selamat Hari Bumi! Fakta menarik mengenai Hari Bumi


Selamat Hari Bumi 2014




Tanggal 22 April dipilih sebagai Hari Bumi untuk kita manusia untuk memberi kesedaran dan menghargai alam sekitar sekeliling kita. Hari Bumi disambut di 192 negara termasuk Malaysia. Google juga memberi penghargaan pada Hari Bumi dengan Google Doodle bertemakan Hari Bumi



sumber Google


Di bawah sedikit fakta tentang Hari Bumi


1. Hari Bumi pertama disambut pada 22 April 1970.

2. Hari Bumi bermula di USA namun mula diiktiraf dunia bermula 1990

3. Pada Hari Bumi 2009, Disney menerbitkan sebuah dokumentari bertajuk Earth yang mengikut                penghijrahan empat keluarga haiwan.

4. Setiap 22 April, aktivis tidak mengira jantina dan umur akan mengumpul sampah, menanam pokok, mencuci terumbu karang, menonton filem mengenai bumi dan merancang masa depan untuk bumi kita.

5. Gaylord Nelson menubuhkan Hari Bumi semasa dia bertugas sebagai Senator US.

6. Pada Hari Bumi 2012, 100,000 warga China menunggung basikal untuk mengurangkan pecemaran C02 and untuk menjimatkan minyak

7. Pada sambutan Hari Bumi 2011, 28 juta pokok telah ditanam di Afghanistan oleh Earth Day Network

8. Di Panama, 100 spesis orkid terancam ditanam dan dipelihara untuk mengelakkan kepupusan sebagai penghormatan Hari Bumi.

Sumber dosomething.org


0 ulasan:

Catat Ulasan