Ahad, 20 April 2014

Adik Paul Walker, Cody dan Caleb Walker akan menghabiskan semua scene Paul Walker dalam Fast and Furious 7 (Gambar pertama Caleb dan Cody di lokasi!)

Ludacris bersama Caleb



Setelah mengumumkan bahawa adik Paul Walker Cody dan Caleb Walker akan menghabiskan semua scene Paul Walker dalam Fast and Furious 7, mereka dilihat berada di lokasi Fast and Furious 7. Video yang dimuatnaik oleh rapper Ludacris di Instagram menunjukkan dia bersama Tyrese Gibson di Abu Dhabi dan kelihatan adik Paul Walker Cody, 26 dan Caleb, 36 tersenyum di belakang.

Cody dibelakang yang menyerupai Paul Walker

Mereka juga dilihat mempunyai fizikal sama seperti Paul Walker, mungkin untuk menampakkan identiti lebih serupa dengan Paul Walker dalam filem ini. Namun video itu dipadam oleh Ludacris tanpa sebab.

Paul Walker meninggal dunia secara mengejut dalam satu kemalangan bersama rakan baiknya Roger Rodas didalam sebuah kereta Porsche Carrera GT dan filem Fast and Furious 7 sudah menjalani pengambaran ketika itu.

Produksi berada dalam hiatus untuk menentukan filem ini dibatalkan atau diteruskan untuk pengambaran kerana karakter Paul Walker sangat iconik dalam filem ini.

Kemudian pihak produksi mengambil keputusan untuk meneruskan pengambaran bagi menghormati Paul Walker dan untuk peminat francais filem lumba kereta ini. 



Fast and Furious 7 dijangka menerjah pawangam pada 10 April 2015.  


Sumber dari Dailymail.uk




0 ulasan:

Catat Ulasan