Jumaat, 25 April 2014

10 tips memudahkan hidup anda dengan ketuhar micro





Ketuhar micro dianggap keperluan di dapur. Kegunaannya yang amat mudah menyenangkan semua. Tahukah anda microwave juga mempunyai kegunaan lain selain memanaskan makanan. Di bawah terdapat 10 tips untuk memudahkkan kehidupan harian anda.




Apabila makanan kita terlebih panas, ia akan meletup dan serpihan makanan akan meletak di dinding ketuhar micro anda, Cara untuk mencuci seluruh ruang dalam ketuhar micro anda  sangat senang. Anda hanya memerlukan semangkuk air yang dicampur dengan cuka dan panaskan di dalam ketuhar micro selama lima minit. Ia akan membuatkan ruang dalam ketuhar micro anda lembab sekaligus memudahkan anda untuk mengelapnya

Untuk menanggalkan setem merosakkan surat anda, letakkan beberapa titis air keatas setem dan masukkan kedalam ke ketuhar micro selama 20 saat. Setem anda akan tertanggal dengan senangnya.

Kerepek kentang anda telah lemau? Cara untuk mengembalikan keranggupannya, letakkan kerepek anda di atas tisu dapur, kemudian masukkan kedalam ketuhar micro sekejap, Tisu akan menyerap semua lembapannya dan kerepek anda akan ranggup seperti baru dibeli,

Melembutkan roti yang telah keras. letakkan roti diatas tisu dapur yang dilembabkan. masukkan ke dalam ketuhar micro selama 10 saat pada suhu paling tinggi. Lakukan sehingga roti anda lembut


Poached egg menjadi kegemaran ramai tetapi ramai tidak mampu membuat poached egg yang sempurna. Rupannya dengan menggunakan ketuhar micro kita boleh membuat poached egg. tuangkan air mendidih kedalam mangkuk tahan micro. sedikit cuka, pecahkan telur kedalam air tersebut dan cucuk kuning sedikit,(jangan sampai pecah) kemudian masukan kedalam ketuhar micro selama 30 saat. Keluarkan dan terbalikkannya, dan masak lagi 20 saat.

Untuk memudahkan anda mengupas kulit tomato, dan peaches. Panaskan tomato dalam ketuhar micro selama 30 saat dalam suhu paling tinggi. kemudian keluarkan biarkan selama 2 minit. Ia akan mudah dikupas. 

Penat mengupas bawang sambil menangis? Cara ini dapat membuatkan anda memotong bawang tanpa perlu menangis lagi. Potong kedua hujung dan masukkan ke dalam ketuhar micro selama 30 saat pada suhu paling tinggi. Selepas ini anda tidak perlu menangis lagi.

Tips ini akan membuatkan buah sitrus mengeluarkan lebih banyak jus. Masukkan buah sitrus anda ke ketuhar micro selama 10-20 saat pada suhu paling tinggi. Ia akan membuat buah sitrus anda (limau,lemon,oren) lebih mudah diperah dan lebih banyak jus dikeluarkan.

Memerlukan tuala suam segera? Tak perlu menunggu air mendidih.Dengan ketuhar micro anda boleh mendapatkan tuala suam segera. Panaskan tuala lembab kedalam ketuhar micro selama satu minit dalam suhu paling tinggi.

Gula perang anda berketul? Dengan ketuhar micro anda boleh hilangkan ketulan dalam gula perang anda dengan segera. Caranya pastikan bekas anda selamat digunakkan. letakkan tisu lembab keatas gula perang dan tutup bekas dengan ketat. Panaskan selama 20- 30 saat. Gula anda akan kembali jadi seperti biasa.

Sumber Pulptastic.com

0 ulasan:

Catat Ulasan