Minggu ini khabar angin mengenai iPhone 6 atau Iphone Air milik Apple makin meningkat dengan mendadak. Kebanyakkan nya berkata tentang saiz skrin yang dijangka akan dibesarkan.
Apple sedang bereksperimen dengan pelbagai saiz skrin, khabar angin mengatakan bahawa saiz skrin antara 4.7 inci ke 5.5 inci, nampaknya Apple sudah mula bersaing dengan Android dan Windows yang sudah lama menggunakan skrin besar dalam perantinya. Apple juga sedar bahawa pengguna tegar iPhone mahukan paparan lebih besar.
Paparan 4 inci (kiri) vs paparan 4.7 inci (kanan) |
Khabar angin tentang iPhone yang lebih besar bermula sejak tahun December 2012, apabila seorang analisis mengatakan wujudnya sebuah prototaip iPhone 6 dengan skrin sebesar 4.8 inci. Dan pada January 2013, satu khabar angin mengatakan Apple akan mengumumkan "iPhone Math" bersaiz 4.8 inci bersama Iphone 5s.
Sapphire boule |
Apple iOS selalunya akan diumumkan bersama model baru. iOS 8 juga dijangkakan akan diumumkan bersama iPhone 6 dan akan dilengkapi dengan "Healthbook" yang akan digunakan dengan iWatch yang akan dilancarkan untuk memantau tekanan darah, denyutan nadi kadar glukosa dan banyak lagi. Oleh kerana iOS 7 memperkenalkan rekaan baru, iOS 8 akan mengekalkan rekaan tersebut, mereka hanya meletakkan fokus kepada menambahbaikan sistemnya.
Pelbagai maklumat yang didakwa bocor mengenai iPhone 6 ada di internet. Seperti skrin hadapan, rekaan seakan iPod. menimbulkan banyak tanda tanya adakah ia betul atau sekadar untuk menarik perhatian.
Dan pada Februari, sekeping gambar menunjukan kononnya konsep iPhone 6 yang rekaannya seakan iPod tetapi lebih nipis dan skrin bersaiz 4.7 inci dengan bucu yang lebih bulat.
Hanya Apple yang boleh menjawab khabar angin tentang iPhone 6 ini, dan kita hanya mampu menantikan bulan September ini untuk mengetahui semua persoalan tentang iPhone 6 ini.
Sumber Macrumors
0 ulasan:
Catat Ulasan