PTPTN Bertindak Untuk Menyenarai Hitam Nama Peminjam Yang Gagal Membuat Pembayaran Selama 20 Bulan. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan menyenarai hitamkan nama peminjam sekiranya tiada bayaran yang diterima dalam tempoh 20 bulan. Ketua Eksekutifnya, Agos Cholan berkata PTPTN tidak mengambil tempoh singkat untuk menyenaraikan seseorang peminjam sebaliknya memberi tempoh yang mencukupi.
Setakat Ini, Jumlah Peminjam Yang Telah Disenarai Hitam Adalah Seramai 130,000
Setakat ini, seramai 130,000 peminjam disenarai hitamkan namun seramai 45,000 tampil untuk berunding dengan PTPTN agar nama mereka dikeluarkan daripada senarai itu.
Bagi peminjam yang kita senarai hitamkan biasanya mengambil masa selama 20 bulan baru kita senarai hitamkan. Kita mengambil langkah mesra bukan tak bayar sebulan terus senarai hitam."
"Mulanya peringatan, tiga bulan selepas itu notis pertama, notis kedua dan notis ketiga setiap tiga bulan kemudian baru surat tunjuk sebab. Tak bayar juga baru kita masukkan dalam senarai hitam," jelas Agos.
Sekatan Imigresen Merupakan Langkah Terakhir Yang Akan Dikenakan Kepada Peminjam Sekiranya Segala Usaha Lain Sebelumnya Gagal
Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, sekatan imigresen adalah langkah paling akhir digunakan setelah beberapa pendekatan sebelumnya gagal.
“PTPTN menggunakan pendekatan mesra pelanggan. Kita tidak membuat hukuman kepada penerima deposit kita. Sekatan imigresen itu sebenarnya yang terakhir kita buat setelah mengambil beberapa pendekatan." -negarakita.com
Rabu, 23 April 2014
Home »
isu semasa
» Tak Bayar Hutang PTPTN 20 Bulan Terus Kena 'Blacklist'!
Tak Bayar Hutang PTPTN 20 Bulan Terus Kena 'Blacklist'!
Related Posts:
Konstabel parah tertembak rakan Gambar hiasan Kota Kinabalu: Seorang konstabel polis parah tertembak pistol ketika rakan setugasnya sedang mengosongkan senjata berkenaan di Balai Polis Luyang Kota Kinabalu, jam 7.30 malam tadi. Mangsa kini masih me… Read More
MH370 : Bila penantian keluarga akan berakhir?Sudah sebulan lebih pihak berkuasa mencari MH370, dimanakah ia menghilang? MH370 terus hilang tanpa jejak, sedikit serpihan pun tidak ditemui. Ia terus menjadi misteri dan membuatkan satu dunia tercari-cari dimana pesawat Boe… Read More
Brunei tangguh hukuman hudud atas desakan PBB Bandar Seri Begawan: Brunei menangguhkan pelaksanaan undang-undang Islam yang sepatutnya bermula semalam ketika negara itu menerima kecaman Majlis Hak Asasi Manusia PBB. Pembantu Pengarah Unit Undang-undang Islam Br… Read More
Bakal isteri yang dikenali dari laman Facebook larikan rm10,000 IPOH, PERAK: “Dia beri saya harapan untuk menjadi suaminya. Dia kata dia benar-benar sayang menyebabkan semua kehendaknya saya turuti tanpa bantahan. “Pada awal beberapa bulan berkenalan dengannya, saya tidak mensyaki… Read More
Tiga kru kapal disyaki diculik PELABUHAN KLANG: Lima lelaki, dua bersenjatakan pistol seorang lagi parang, menyamun sebuah kapal Jepun dengan memindahkan dua juta liter minyak diesel ke dalam dua buah kapal tanker berhampiran Pulau Ketam awal pagi Sela… Read More
0 ulasan:
Catat Ulasan