Selasa, 22 April 2014

Kereta ‘melekat’ di tiang elektrik

Chukai: Seorang pegawai Tenaga Nasional Bhd (TNB) parah apabila kereta Toyota Camry yang dipandunya hampir putus dua akibat terbabas dan merempuh tiang elektrik dalam kejadian di Kilometer 166, Jalan Jerangau-Jabor, dekat Pejabat FELCRA Sungai Pergam, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 2 petang, rempuhan kuat itu menyebabkan mangsa, Abdul Hakim Mohd, 47, dari Taman Perumahan TNB Paka, Dungun, yang memandu bersendirian dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur, tersepit dan terperangkap di dalam kenderaannya sebelum dikeluarkan orang ramai yang berada di lokasi kemalangan.
Saksi kejadian, Andi Sorono, 37, berkata, sebaik tiba, mangsa cuba mengelak daripada melanggar sebatang kayu yang berada di tengah jalan dan menyebabkan keretanya hilang kawalan sebelum melanggar sebatang tiang elektrik berhampiran kawasan itu.
“Kejadian itu berlaku betul-betul depan mata saya, seolah-olah adegan filem aksi dan amat mengerikan.

KENDERAAN yang dinaiki mangsa rosak selepas terbabit kemalangan, semalam. 
Akibat rempuhan kuat itu, badan kereta itu membengkok dan melekat pada sebatang tiang elektrik di sisi jalan serta hampir putus dua,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.
Andi berkata, melihat daripada kesan kemalangan itu, dia langsung tidak menyangka mangsa masih hidup dan sempat diselamatkan orang awam serta anggota bomba.
Sementara itu, Pegawai Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Abdullah Zawawi Mohamad berkata, sejurus menerima panggilan, seramai enam anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian.

Related Posts:

  • MH370 : " Saya Datang Bunuh Awak" Teman wanita kepada penumpang rakyat Amerika Syarikat (AS) yang menaiki pesawat MH370 menerima ugutan bunuh dan beberapa panggilan telefon aneh sejak pesawat itu hilang pada 8 Mac lalu, lapor NBC News. Sarah Baj… Read More
  • Kerana tidak dibenarkan menonton Spiderman, budak lima tahun bunuh diri JAKARTA: Wabak Spidey membawa kesan buruk apabila seorang kanak-kanak lelaki bernama Valentino yang berusia lima tahun dilaporkan membunuh diri selepas gagal mendapat kebenaran ibu bapanya untuk menonton filem terbaru her… Read More
  • MH370 : Rakaman Audio Sudah Di Sunting Adakah rakaman audio antara pesawat malang MH370 dan pegawai trafik udara sudah disunting rapi?  Seorang pakar audio antarabangsa percaya bahawa rakaman audio itu sudah disunting sebelum ia ditunjukkan kepada o… Read More
  • (Al-Fatihah) Aziz Sattar Meninggal Dunia Pelakon veteran, Datuk Abdul Aziz Sattar, 89, meninggal dunia akibat penyakit jantung di Hospital Kajang, di sini, kira-kira jam 2 pagi tadi. Anak perempuannya, Sandakiah memberitahu, Aziz menghembuskan nafas terakhir di sis… Read More
  • MAHB Tidak Mengenakan Caj "KLIA2" Kepada Penumpang Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB) menegaskan mereka tidak mengenakan caj RM3 "KLIA2" kepada penumpang seperti yang diperkenalkan syarikat penerbangan tambang murah AirAsia. Pengendali Lapangan Terbang Malaysia itu … Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan