Isnin, 21 April 2014

Tikam bapa lerai bertekak

Niat baik seorang bapa menegur anaknya yang sedang bertengkar dengan tunangnya bertukar tragedi apabila lelaki itu patah tulang rusuk belakang dan luka di belakang badannya dipercayai akibat ditikam dengan pisau dalam satu pertengkaran di Kampung Lembah Harapan, Seberang Takir, di sini, kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner K Manoharan berkata, kejadian dipercayai berlaku jam 9 malam ketika mangsa berusia 55 tahun sedang berehat di kediamannya sebelum terdengar bunyi bising di luar rumah.
Beliau berkata, sebaik keluar, mangsa yang juga seorang kakitangan kerajaan mendapati anak lelakinya berusia 22 tahun sedang bertengkar dengan tunangnya berusia 20-an menyebabkan mangsa masuk campur dengan menegur suspek.

“Teguran itu bukan saja tidak diendahkan, sebaliknya mengundang kemarahan suspek yang memarahi mangsa supaya tidak masuk campur urusan dia dan tunangnya.

“Walaupun dilarang, mangsa tetap menghampiri pasangan itu dengan niat mahu meleraikan pergaduhan menyebabkan berlaku pertengkaran mulut antara dua beranak terbabit. -Harian Metro


Related Posts:

  • Madah cinta berdarah Segamat: “Mujur saya sempat tepis, jika tidak mungkin pisau itu singgah di kepala,” kata Urni, 24, yang hampir kehilangan jari kelengkeng tangan kirinya akibat diserang rakan pengkid yang cemburu buta di Dataran Segamat di s… Read More
  • "Robohkan Tambak Johor! Datuk nenek beta dah kena tipu dengan Mat Salleh" APABILA mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mencadangkan pada 16 April lalu agar Tambak Johor dirobohkan bagi membolehkan “Jambatan Persahabatan” dibina bagi menghubungkan Malaysia dengan Singapura, beliau bu… Read More
  • Kereta ‘melekat’ di tiang elektrik Chukai: Seorang pegawai Tenaga Nasional Bhd (TNB) parah apabila kereta Toyota Camry yang dipandunya hampir putus dua akibat terbabas dan merempuh tiang elektrik dalam kejadian di Kilometer 166, Jalan Jerangau-Jabor, dekat Pe… Read More
  • Terus berdoa pesawat ditemui Kuala Lumpur: Dewan Negara semalam merakamkan rasa simpati dan sedih terhadap nasib penumpang dan anak kapal pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu. Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata, k… Read More
  • Langgar, kebas kereta Porsche RM300,000 Kuala Lumpur: Dua perompak menggunakan taktik ‘langgar dan samun’ untuk merompak seorang ahli perniagaan sebelum melarikan kereta mewah milik mangsa model Porsche 977 GT 2 bernilai lebih RM300,000. Dalam kejadian jam 1.40 p… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan