Ahad, 20 April 2014

UMW TOYOTA MOTOR MEMPERKENALKAN TOYOTA PREVIA DAN TOYOTA ALPHARD

Sebagai respon kepada maklum balas pelanggan dan permintaan pasaran yang kian membesar, UMW Toyota Motor Sdn Bhd kini menawarkan Toyota Alphard dan Toyota Previa di pasaran tempatan. Kedua-dua model MPV tersebut sangat popular di Malaysia dan sebelum ini hanya boleh didapati dari pengimport persendirian.
Berbeza dengan kenderaan yang diimport dari pusat jualan kenderaan terpakai dari Jepun, Alphard dan Previa yang diedarkan UMW Toyota Motor dibekalkan oleh kilang Toyota di Jepun. Seperti mana kenderaan Toyota lain yang dijual, Alphard dan Previa turut sama diliputi waranti selama 3 tahun atau 100,000 km (yang mana dahulu). Selain daripada waranti tersebut, pemilik juga menikmati sokongan penuh UMW Toyota Motor jika MPV mereka mempunyai masalah selepas beberapa tahun melalui bantuan teknikal dan bekalan alat ganti. Faedah tersebut tidak disediakan untuk kenderaan yang diimport oleh syarikat lain.
Selain daripada itu, kesemua kenderaan yang diedarkan oleh UMW Toyota Motor mempunyai spesifikasi teknikal yang bersesuaian dengan keadaan tempatan di mana jurutera Toyota telah melakukan kajian menyeluruh terhadap keadaan jalan dan cuaca negara.
UMW Toyota Motor menawarkan Toyota Previa 2.4GL pada harga di atas jalan RM258,017.10 manakala Toyota Alphard 2.4G dan 3.5G pula masing-masing berharga RM338,000 dan RM398,000. UMW Toyota Motor turut menawarkan pakej servis percuma selama tiga tahun serta cukai jalan dan insuran untuk tahun pertama kepada 300 pelanggan terawal.-GearTinggi.com
   Toyota Previa 2.4GL





Toyota Alphard 2.4G dan 3.5G










Related Posts:

  • BMW memperkenalkan BMW 420i Coupe BMW Group Malaysia semalam memperkenalkan BMW 420i Coupe semalam,  Dengan harga RM299,800, BMW 420i Coupe akan mengukuhkan kedudukan negara ini sebagai negara nombor satu dalam penjualan kereta berjenama premium.&n… Read More
  • Kereta paling jimat minyak di Malaysia Harga minyak makin meningkat menyebabkan pengguna kenderaan mencari cara untuk menjimatkan pengunaan minyak, syarikat automotif juga mula mengeluarkan kenderaan yang menjimatkan minyak, hybrid dan juga kerana yang me… Read More
  • Iklan BMW M5 "Bullet" yang sangat unik Sememangnya sudah diketahui umum Bmw M5 merupakan model kereta sport keluaran Bmw yang berprestasi tinggi, maka tidak hairan lah ia menjadi penggemar kepada peminat kereta di luar sana. Bmw telah menghasilkan sebuah ik… Read More
  • ETCM MELANCARKAN NISSAN X-GEAR WAJAH BAHARU SELANGOR, 26 Mac 2014 – Edaran Tan Chong Motor (ETCM) hari ini memperkenalkan Nissan X-GEAR baharu, crossover lima tempat duduk yang kemas dengan penampilan diperbaharui dan lebih sporty. Nissan X-GEAR baharu ialah … Read More
  • UMW TOYOTA MOTOR MEMPERKENALKAN TOYOTA PREVIA DAN TOYOTA ALPHARD Sebagai respon kepada maklum balas pelanggan dan permintaan pasaran yang kian membesar, UMW Toyota Motor Sdn Bhd kini menawarkan Toyota Alphard dan Toyota Previa di pasaran tempatan. Kedua-dua model MPV tersebut sangat pop… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan