Home »
info
» Hasil Seni Eksklusif Saiful Nang Dijual Untuk Kebajikan Anak Yatim
Niat murni seorang jurugambar terkenal, Saiful Nang menjual hasil karyanya yang eksklusif harus dipuji. Tidak ramai manusia yang sanggup memberi semua keuntungan hasil karya mereka untuk kebajikan anak yatim.
Saiful Nang telah berkunjung ke Tanah Suci dan mengambil gambar-gambar pemandangan sekitar Masjidil Haram, Masjid Nabawi, dan banyak lagi sekitar Tanah Suci. Beliau telah mencetak hasil karyanya dalam pelbagai jenis dan saiz. Serta menggunakan kertas dan bingkai kualiti tinggi yang tahan lama untuk kepuasan peminat hasil karyanya. Cetakan gambarnya juga ditanda tangan Saiful Nang sendiri yang membuatkannya lebih eksklusif.
Saiful Nang berkata hasil jualan akan digunakan untuk membangunkan sebuah sekolah anak yatim dan asnaf dan berharap dapat memberi pendidikan terbaik untuk mereka.
Video dibawah menunjukkan Saiful Nang memberikan maklumat mengenai hasil karyanya dan menunjukkan serba sedikit hasil cetakan yang sudah dibingkaikan.
Orang ramai boleh berkunjung ke Galeri CS di Puchong yang terletak bertentangan dengan IOI Mall dan membeli hasil karya yang indah ini sambil menderma kepada anak yatim.
Ia dibuka setiap Sabtu Ahad dan boleh menghubungi Galeri CS di 0380766878 atau En Zaidi 0122305161 (Whatsapp)
-Artikel dari MediaRoket
Related Posts:
Berapa Kerap Anda Perlu Membasuh Seluar Jeans Anda? CEO Levi's Ada Jawapannya
Persoalan ini sudah lama diperdebatkan. Perlukah anda basuh seluar jeans anda?
Ketua Pegawai Eksekutif Levi's Chip Bergh memberi jawapan kepada persoalan hangat ini.
Berapa kerap anda patut basuh seluar jeans anda… Read More
Tips Untuk Berjaga Malam.
Ramai terutama pelajar akan berjaga sepanjang malam untuk menghabiskan kerja kerana malam lah mereka lebih bersemangat dan idea banyak datang ketika matahari terbenam. Tetapi, ramai juga kecundang apabila berjaga malam,… Read More
Water Birth - Kurangkan Sakit Si Ibu?
Water Birth atau bersalin didalam air mungkin perkara baru di Malaysia. Ramai yang masih tidak tahu tentang teknik ini kerana kekurangan infomasi mengenainya. Di luar negara ramai wanita berkongsi tentang pengalaman me… Read More
10 Makanan Paling Mahal Di Dunia
Harga makanan mampu mencapai ribuan ringgit kerana ia sangat susah didapati, bermusim atau hanya di sesebuah negara sahaja wujud makanan itu. Sehingga dianggap eksotik. Ramai sanggup menghabiskan ribuan untuk mencuba dan mer… Read More
6 Seni Mempertahankan Diri Paling Bahaya
Terdapat banyak jenis seni mempertahankan diri yang unik tapi berbahaya di dunia ini. Ada teknik yang mampu mematahkan tulang dengan menggunakan tangan sahaja. Ia sangat unik membuatkan ramai gerun untuk mempelajarinya. Dib… Read More
0 ulasan:
Catat Ulasan