Home »
isu semasa
» Tiga lemas ketika mandi dalam kejadian berasingan di Kuantan
 |
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat membawa mangsa yang ditemui mati lemas di Pantai Balok, petang tadi. Dalam kejadian berkenaan dua dilaporkan mati lemas manakala seorang lagi dapat diselamatkan selepas mereka tergelincir dari batu yang di pantai perkelahan berkenaan. |
KUANTAN: Tiga lemas ketika mandi di dua pantai terkenal di sini, petang tadi. Dua lelaki lemas ketika mandi di pantai balok, di sini, kira-kira jam 4.30 petang tadi.
Aman Ahamad,24, dan Wan Mohd Akram Wan Yusof,25, masing-masing dari Bukit Goh, lemas selepas ditelan ombak ketika mandi bersama seorang lagi rakan mereka, Selamat Muid Md Nor,21.
Sementara itu di Pantai Teluk Tongkang, di sini,seorang remaja berusia 14 tahun lemas ketika mandi bersama tiga rakannya, kira-kira 4 petang tadi. Chua Ping Heng,15, lemas selepas gagal berenang berikutan keadaan laut yang dalam. Mayatnya dijumpai jam 7.15 malam tadi oleh anggota bomba dan penyelamat yang melakukan usaha mencari mayat remaja terbabit selepas menerima laporan daripada orang awam. -BH online
Related Posts:
Kemalangan Karpal : Jangan Salahkan Suami Saya
Petaling Jaya – Isteri kepada pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan ngeri yang mengorbankan ahli parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh Khamis lalu, merayu kepada orang ramai agar berhenti menyalahkan suaminya.
Nu… Read More
MH192 Selamat mendarat di KLIA, semua penumpang selamat
Gambar Hiasan
MH192 Selamat mendarat, Semua penumpang selamat. "All passengers safe alhamdullilah - nevertheless - i am getting ready 2 go there personally !!!" - DS Hishammuddin. #MH192 #safelylanded
… Read More
Bayi maut tertelan skru
BESUT: Seorang bayi berumur lapan bulan meninggal dunia akibat tertelan skru sepanjang dua sentimeter di rumahnya di Felda Selasih, dekat sini, semalam.
Ketika kejadian, Muhammad Adam Nazmi Yusmadi dikatakan sedang bermain … Read More
MUTAKHIR Feri karam di Korea: Angka kematian kini 56 orang
JINDO: Tujuh lagi mayat ditemui hari ini di dalam badan feri Korea Selatan yang karam Rabu lalu, kata pengawal pantai.Berikutan itu, setakat ini seramai 56 orang disahkan mati dan 246 masih hilang manakala mereka yang berjay… Read More
Tiga lemas ketika mandi dalam kejadian berasingan di Kuantan
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat membawa mangsa yang ditemui mati lemas di Pantai Balok, petang tadi. Dalam kejadian berkenaan dua dilaporkan mati lemas manakala seorang lagi dapat diselamatkan selepas mereka tergelincir dari b… Read More
0 ulasan:
Catat Ulasan