Isnin, 21 April 2014

Bini 'harimau'

Gambar hiasan

Seorang suami berusia 51 tahun menerima 10 jahitan di kepala selain lebam seluruh badan akibat dibelasah teruk oleh isterinya dengan alasan lewat membeli juadah sarapan pagi. Bertambah malang lagi, dia turut dihalau sehelai sepinggang dari rumah kediaman mereka.

Dalam kejadian awal pagi kelmarin, mangsa dikejutkan dari tidurnya dan diarah untuk membeli sarapan. Mangsa segera masuk ke dalam bilik air untuk mandi. Dek tak sabar nak makan, si isteri terus menerus mendesak mangsa agar cepat, kononnya dia sangat lapar. 

Mangsa menenangkan isterinya agar bersabar dan tunggu dia habis mandi terlebih dahulu. Sebaliknya, si isteri mula memaki hamun suaminya.

Hilang sabar dan berang dengan suaminya itu, si isteri bertindak memecahkan pintu bilik air dan meluru masuk dan memukul suaminya dengan kayu.

Mangsa cuba merayu agar tidak dipukul dan dia berjaya melarikan diri ke dalam satu bilik di dalam rumah berkenaan kerana  bimbang terus dibelasah oleh isterinya itu.

Sekali lagi, isterinya bertindak memecahkan pintu bilik itu dan memukul suaminya sekali lagi.

Isteri 'samseng' itu hanya berhenti memukul apabila melihat kepala suaminya itu dipenuhi darah. Mangsa yang berada dalam kesakitan kemudian dihalau dari rumah didiami itu.

Mangsa hanya terpaksa menurut saja arahan isterinya kerana rumah yang didiami itu sudah dinamakan ke atas nama wanita baran berkenaan.

Mangsa membuat laporan di Balai Polis Jinjang selepas kejadian kerana tidak tahan dipukul sejak setahun yang lalu. Mangsa mendakwa sudah tiga kali membuat laporan polis akibat didera isterinya sebelum ini,” katanya. - Harian Metro

Related Posts:

  • Polis siasat sabotaj MH192Putrajaya: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melakukan siasatan berhubung kemungkinan unsur sabotaj terhadap Penerbangan Malaysia (MAS) MH192 yang berpatah balik ke Kuala Lumpur awal pagi tadi, kata Ketua Polis Negara Tan Sri… Read More
  • Transkrip feri Korea Selatan mendedahkan saat cemas JINDO: Kru feri Korea Selatan mengambil masa untuk membuat keputusan memindahkan penumpang, menurut transkrip yang dikeluarkan pada Ahad. Dalam saat-saat terakhir sebelum feri itu mencondong, seorang kru di mana id… Read More
  • Wanita maut di Taman Negara BakoSantubong : Seorang wanita maut manakala 11 rakan serta 12 anggota pasukan penyelamat terperangkap di Bukit Timah, Taman Negara Bako di sini tengah malam tadi. Loe Xie Yann, 20, yang disahkan meninggal dunia selepas pengsan p… Read More
  • 4 gambar polis berjaya menangkap penjenayah yang baru melakukan rompakan Polis Peronda berjaya menahan penjenayah yang dipercayai baru sahaja selesai melakukan rompakan.  Menurut dari sumber yang tidak rasmi, pasukan MPV Polis mengejar penjenayah yang mengguna kereta Toyota Vios itu dari Al… Read More
  • Padah nyala rokok dalam kereta Abu Dhabi: Seorang warga Emiriah berusia 31 tahun melecur 60 peratus akibat kebakaran kereta selepas dia menyalakan rokok di dalam kenderaan itu. Mangsa menyalakan rokoknya sambil menyedut bahan berasaskan petroleum di dala… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan