Menurut laman web TomsGuide Industri telefon pintar memang sangat pantas, syarikat seperti Apple,Samsung, HTC, mengambil masa kurang setahun untuk mengeluarkan model baru untuk memuaskan nafsu peminatnya yang sentiasa menantikan teknologi baru yang ditawarkan oleh syarikat - syarikat tersebut.
Walaupun harga sesetengah telefon pintar mencecah dua ribu Ringgit. itu tidak menjadi masalah untuk peminat tegarnya. Kebanyakkan pengguna juga hanya akan bertahan dua tahun sebelum bertukar atau menaik taraf ke telefon baru, untuk mendapatkan kelancaran, batteri yang bertahan lebih lama dan senang untuk digunakan.
Senarai dibawah mungkin dapat membantu pengguna untuk memilih samada skrin besar, kamera tercanggih atau menjadi telefon kompak yang berkuasa tinggi.
Terbaik keseluruhan : Samsung S5
Pada pandangan pertama, S5 nampak seperti S4, namun sebenarnya banyak penambahbaikkan dilakukan dalam telefon pintar terkenal Samsung ini, Seperti kamera 16 mega-pixel baru yang lebih laju serta real-time HDR,Prosesornya juga dinaik taraf dari Samsung S4. Sensor cap jari juga dibina untuk digunakan untuk pembelian online. Apa yang kami suka dengan paparan 1080p full HD super AMOLED dan juga kalis air dan debu.
Terbaik dari segi rupa : HTC One M8
HTC One M8 adalah telefon pintar Android paling seksi, dengan paparan 5-inci full HD bersama prosesor Snapdragon 801 didalam kemasan logam yang elegan. Peminat akan terpegun dengan kamera dwi-kantanya yang membolehkan anda fokus pada latar belakang selepas anda menekan butang shutter. Batteri 2,600 mAh membolehkan telefon pintar ini bertahan selama 10 jam. Beberapa penambah baikan oleh HTC pada software nya membuatkan HTC One M8 antara telefon pintar terbaik tahun ini.
Phablet Terbaik: Samsung Galaxy Nota 3
Galaxy Note 3 sangat berkuasa dan bertahan lama sampaikan anda tidak perlu memiliki tablet. Peranti Android ini mempunyai paparan 5.7 inci, dan anda boleh menulis nota anda dengan S-pen yang disediakan. Note 3 mempunyai keupayaan untuk melakukan pelbagai tugas serentak terima kasih kepada prosesornya Snapdragon 800 yang berkuasa. Dengan fungsi Samsung Multi Window, anda boleh membuka dua aplikasi serentak dalam satu skrin. Apa yang terbaik tentang phabet ini ialah kuasa batteri yang bertahan lebih 10 jam
Telefon pintar kompak terbaik : Apple iPhone 5s
Selain dari warna emas yang menarik, iPhone 5s turut menawarkan chip A7 yang baru. dan dengan binaan 64-bit, banyak pemaju aplikasi mula membina pelbagai aplikasi baru. Dan antara sebab untuk membeli iPhone 5s ialah camera iSight nya yang mempunyai dual-LED flash, kamera 8 mega-pixel ini boleh mengambil gambar yang menarik didalam atau diluar. TouchID juga merupakan sesuatu yang baru ditawarkan Apple memudahkan telefon dibuka dengan cap jari atau untuk membeli belah secara online.
Telefon pintar dengan kamera tercanggih : Nokia Lumia 1020
Untuk jurugambar, Nokia Lumia 1020 ini merupakan kemuncak kepada kecanggihan sebuah kamera dalam telefon pintar, dengan 41 mega-pixel sensor kamera, bukan sahaja mengambil gambar yang sangat cantik, anda boleh zoom in untuk mendapatkan frame yang sesuai dan gambar anda masih lagi tidak pecah atau dipenuhi noise. Peminat fotografi akan berterima kasih kepada Nokia 1020 ini kerana ia mempunyai aplikasi manual kamera yang sangat mudah untuk dikendali dan Windows Phone Live dynamic Tile sangat menonjol didalam skrin AMOLED 4.5 inci telefon pintar ini.
Harap ini dapat membantu peminat telefon pintar diluar sana untuk memilih telefon mana yang sesuai untuk kehidupan seharian
sumber tomsguide.com
0 ulasan:
Catat Ulasan