Isnin, 21 April 2014

Fakta : 16 Fakta Menakjubkan Bayi Baru Lahir


1# Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan

2# Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.

3# Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.

4# Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.

5# Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.

6# Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.

7# Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.

8# Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-bunyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan

9# Deria rasa bayi masih tidak terbentuk sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.

10# Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.

11# Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.

12# Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.

13# Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.

14# Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.

15# Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan 
senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.

16# Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.

Related Posts:

  • Video yang di muat naik, memaki kaum Melayu. Apa pandangan anda? Menyentuh isu perkuaman? Sepertimana yang di lihat dalam video di atas,individu terbabit di lihat sangat kurang ajar & biadap kerana tidak menghormati sensitiviti kaum dan agama lain. Jadikan ia sebagai ikhtibar … Read More
  • Video : Inovasi dari Orang Kedah Nampaknya beberapa orang dari Kedah telah mencipta satu cara baru dan mudah untuk memanjat pokok kelapa. Saksikan video diatas untuk melihat ciptaan menarik ini. Rasanya sudah boleh dikomersialkan. Semua monyet tidak perlu … Read More
  • DIY Makanan Versi Mini Sebuah channel di Youtube menarik perhatian ramai kerana ia mengenai cara-cara "memasak" makanan versi mini. Channel itu berasal dari Jepun. dan mempunyai lebih sejuta pengikut. Semua makanan tersebut diperbuat dari… Read More
  • Tips Untuk Jimat Pada Ramadan Kali ini Ramadan akan menjelma beberapa hari lagi. Di Malaysia bulan Ramadan dianggap sebagai bulan untuk menikmati pelbagai juadah yang dijual di bazar Ramadan. Dan bila nafsu makan mula menguasai diri, pelbagai juadah dibeli dan… Read More
  • Video : Kesan Khas Yang Awesome! Sudah banyak kali diulang video ini, serta dipause untuk melihat kesan khas nya, tetapi masih tertanya-tanya bagaimana dia melakukan semua ini dengan lancar. Tonton video diatas untuk melihat betapa awesome nya kesan khas n… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan