Rabu, 23 April 2014

Inspektor polis didakwa menipu wanita

Gambar hiasan


BUTTERWORTH: Seorang pegawai polis berpangkat inspektor didakwa di Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi, atas pertuduhan menipu seorang wanita bagi menarik balik satu laporan polis pada Mac tiga tahun lalu. 

Fazli Salim, 33, yang bertugas sebagai Pengawai Penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah mengaku tidak bersalah ke atas pertuduhan berkenaan di hadapan Hakim Julie Lack Abdullah. 


Tertuduh didakwa memperdaya Noor Diana Hanafiah, untuk mempercayai bahawa Rosli Mahmud telah meminta wang sebanyak RM3,500 untuk menarik balik laporan polis di Bukit Tengah, sedangkan jumlah wang yang sebenarnya diminta Rosli hanya RM1,700. 


Fazli didakwa dengan curangnya memperdaya Noor Diana supaya menyerahkan wang tunai RM3,500 kepadanya di dalam bilik pegawai penyiasat, Tingkat 2, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, IPD Seberang Perai Tengah, Bukit Mertajam pada 2 Mac 2011, jam 3.05 petang. 

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara setahun dan tidak lebih 10 tahun, sebatan dan denda. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahmad Ghazali Muhamad Nadzri. 

Manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Terdahulu, Ahmad Ghazali meminta mahkamah mengenakan ikat jamin RM15,000 terhadap tertuduh. 

Bagaimanapun tertuduh meminta wang jaminan dikurangkan memandangkan dia terpaksa menanggung isteri serta dua anak selain menjelaskan bahawa kes ini menyebabkannya tidak dinaikkan pangkat dan jawatan. 
Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Related Posts:

  • 4 gambar polis berjaya menangkap penjenayah yang baru melakukan rompakan Polis Peronda berjaya menahan penjenayah yang dipercayai baru sahaja selesai melakukan rompakan.  Menurut dari sumber yang tidak rasmi, pasukan MPV Polis mengejar penjenayah yang mengguna kereta Toyota Vios itu dari Al… Read More
  • Padah nyala rokok dalam kereta Abu Dhabi: Seorang warga Emiriah berusia 31 tahun melecur 60 peratus akibat kebakaran kereta selepas dia menyalakan rokok di dalam kenderaan itu. Mangsa menyalakan rokoknya sambil menyedut bahan berasaskan petroleum di dala… Read More
  • Gambar kerani JPJ maut dalam kemalangan kereta Kota Bharu: Seorang penjawat awam wanita yang juga seorang kerani Jabatan Pengangkutan Jalan, maut manakalanya suaminya pula mengalami kecederaan parah bilamana kereta kancil yang dipandu oleh suaminya itu bertembung deng… Read More
  • Transkrip feri Korea Selatan mendedahkan saat cemas JINDO: Kru feri Korea Selatan mengambil masa untuk membuat keputusan memindahkan penumpang, menurut transkrip yang dikeluarkan pada Ahad. Dalam saat-saat terakhir sebelum feri itu mencondong, seorang kru di mana id… Read More
  • Wanita maut di Taman Negara BakoSantubong : Seorang wanita maut manakala 11 rakan serta 12 anggota pasukan penyelamat terperangkap di Bukit Timah, Taman Negara Bako di sini tengah malam tadi. Loe Xie Yann, 20, yang disahkan meninggal dunia selepas pengsan p… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan