Selasa, 22 April 2014

Madah cinta berdarah

Segamat: “Mujur saya sempat tepis, jika tidak mungkin pisau itu singgah di kepala,” kata Urni, 24, yang hampir kehilangan jari kelengkeng tangan kirinya akibat diserang rakan pengkid yang cemburu buta di Dataran Segamat di sini, kelmarin.
Sebelum kejadian, Urni mendakwa bertemu seorang lagi pengkid, Ila 20-an di Jalan Aji berhampiran Dataran Segamat, kira-kira jam 9 malam untuk menyerahkan telefon bimbit yang sudah diperbaiki.
Menurutnya, selepas bertemu Ila, dia duduk atas pentas utama dataran berkenaan sebelum didatangi seorang lagi kenalan pengkid dikenali sebagai Nor, 38. 

“Ketika berada di atas pentas itu, Nor memanggil dan meminta saya bertemunya di padang berhampiran kononnya mahu berbincang sesuatu dan saya tanpa syak wasangka menghampirinya. 


JARI mangsa yang ditetak dengan pisau oleh rakan pengkid. 

“Pada mulanya, Nor bertanyakan tujuan bertemu Ila dan saya memberitahu perkara sebenar iaitu menyerahkan semula telefon bimbit wanita itu yang siap diperbaiki,” katanya ketika ditemui.

Katanya, Nor menasihatkannya supaya tidak terlalu rapat dengan Ila memandangkan dia baru menyertai kumpulan mereka. 

“Nor tidak mahu saya terlalu rapat dengan Ila kerana menyifatkan perbuatan itu ibarat terpaksa berkongsi orang yang disayangi atau bermadu,” katanya. -hmetro

0 ulasan:

Catat Ulasan