Rabu, 23 April 2014

Hafiz nafi guna bomoh untuk berjaya



Dengan kejayaan yang dikecapi selepas memenangi Akademi Fantasia, Hafiz yang mempunyai vokal yang unik dan mantap menjadi kegilaan ramai. Namun ada sahaja suara halus mengatakan Hafiz menggunakan ilmu hitam dan bukannya diusaha sendiri. 



Menurut portal Rotikaya, Hafiz membuat kenyataan menyangkal dakwaan tersebut
Saya amalkan ilmu hitam? Itu mengarut! Bagi saya kalau kita nak cari rezeki biarlah cara yang betul dan diberkati. Kalau saya gunakan ilmu hitam, saya rasa hari ini saya tak jadi penyanyi. Mak ayah saya berpesan, kalau nak sesuatu itu biar atas daya usaha kita sendiri. Apa yang saya kecapi ini atas usaha gigih saya sendiri,,


Hafiz tidak terasa dengan dakwaan tersebut dan menganggapnya sebagai lumrah hidup untuk berjaya. 
Biasalah manusia ni kadang kadang tak boleh tengok orang lain senang. Mulalah timbul buruk sangka dan andaian yang bukan-bukan terhadap kita, ujarnya sambil tersenyum
Susuk tubuh penyanyi lagu Awan Nano ini yang makin kurus membuatkan ada pula yang menuduh Hafiz mengambil dadah. Hafiz hanya mampu ketawa dan menafikan tuduhan tersebut dan mengatakan dia memang dalam proses menguruskan badan untuk menjaga imej penampilannya disamping letih bekerja.  Hafiz juga berani dan bersedia untuk menjalani ujian air kencing untuk membuktikan dia bebas dari dadah. 
Bila orang tengok kita gembira, mula lah mereka tak senang dengan kita. Kenapa saya nak kena ambil dadah kalau ianya akan membunuh karier kita. Impak dan kesan pengambilan dadah tu sangat dasyat. Kenapa saya nak rosakkan diri saya dengan melakukan perkara sebegitu”
Kalau ada pihak yang mendakwa saya mengambil dadah, saya bersedia untuk membuat ujian urin. Saya berani katakan yang saya bersih, tegasnya.

sumber RotiKaya

Related Posts:

  • Perkataan Lucah Atas Pakaian Apa yang ingin disampaikan oleh mereka, masih menjadi tanda tanya. Mungkin perkataan tersebut memberi maksud yang berlainan kepada mereka? Tapi mengapa si perempuan memegang dibahagian tut..... Gambar dijumpai di Instagra… Read More
  • Carmen Soo Salah Orang ke? Agak memalukan bagi seorang artis di industri hiburan kita kerana tidak dapat membezakan yang mana satu Biduanita Negara yang baru pergi, Allahyarham Sharifah Aini.  Apabila dia tweet RIP Sharifah Amani, Shari… Read More
  • Rita Dedah Sikap Sebenar Aidil Ekslusif dari Media Hiburan Kurang 24 jam daripada kenyataan Rita Rudaini berkenaan sikap isteri baru bekas suaminya, Aidil Zafuan iaitu Zarema yang dikatakan telah menyekat komunikasi Aidil dengan anak-anaknya, Aidil… Read More
  • (Al-Fatihah) Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini Meninggal Dunia Industri hiburan tanah air hari ini kehilangan seorang lagi pertama berbakat besar. Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini,atau lebih mesti dengan panggilan Kak Pah meninggal dunia awal pagi sabtu di Pusat Perubatan Pakar … Read More
  • (Al-fatihah) Anak Linda Rafar Meninggal Lagi berita sedih pada hari sabtu ini, anak kepada Linda Rafar, Rezalman Keiflin 12, meninggal dunia. Rezalman atau lebih mesra Memen, disahkan menghidap ketumbuhan kronik dalam perutnya sekitar April lalu dan menj… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan