Ahad, 20 April 2014

Filem yang sedang ditayangkan di pawagam (20 April 2014)





Filem yang sedang ditayangkan di pawagam (20 April 2014)





1. Transcendence


Filem lakonan Johnny Depp, Paul Bettany ( Suara J.A.R.V.I.S dalam Marvel’s Ironman) mengenai seorang saintis yang otaknya telah dimuatnaik ke dalam supercomputer ciptaannya yang mempunyai kebolehan untuk berfikir sendiri setelah dia dibunuh oleh  pengganas anti-teknologi.

Rating IMDB – 6.5/10



2 .    Ice Man


Filem penuh aksi ini mengenai dua pegawal dari Dinasti Ming merentas masa ke zaman moden Hong Kong lakonan pelakon terkenal Donnie Yen, Simon Yam dan ramai lagi.
             
Rating IMDB – 6.9/10

3.  RIO 2



Sambungan dari filem box office RIO, Blu bersama Jewel dan tiga anak mereka menjelajah dari Bandar Rio De Janeiro ke hutan penuh magik dan rahsia Amazon untuk bertemu spesis keluarga mereka. Blu yang tidak pernah hidup dalam hutan bersama spesis lain terpaksa menyesuaikan diri dan buktikan dirinya hebat dimata bapa mentuanya. Dan jaga-jaga, Nigel kembali untuk membalas dendam dengan rancangan jahatnya lagi. Mari bersamba di dalam filem lakonan Anne Hathaway (Princess Diaries), Jesse Eisenberg (The Social Network) , Will.i.am, Bruno Mars, Jamie Foxx dan ramai lagi!

Rating IMDB – 6.9/10 


4. Draft Day


Filem lakonan Kevin Costner (The Bodyguard), Jennifer Garner (Elektra)  mengisahkan satu pasukan ragbi dalam kejohanan utama Liga Ragbi kebangsaan (NFL) yang membida pemain daripada pasukan kolej sewaktu tempoh pembelian pemain atau draf. Sonny lakonan Costner berusaha untuk mendapatkan pilihan pertama untuk kelab NFLnya.
Rating IMDB – 7/10

5. Torakev


Apabila kumpulan gangster Russia menculik anak perempuannya, Paul seorang pejenayah mengumpul semua rakannya untuk membalas dendam dan menuntut kembali anak perempuannya. Filem penuh aksi dan menyentuh emosi ini dilakonkan oleh Nicholas Cage (Ghost Rider), Rachel Nichols ( G.I Joe: Rise of Cobra) dan lain
Rating IMDB 6.4/10



Related Posts:

  • Lagu tema Piala Dunia FIFA 2014 Brazil Lagu tema Piala Dunia FIFA Brazil 2014. Yang mana menjadi pilihan anda? Pitbull ft Jennifer Lopez - We are one Shakira - La La La (Spanish Version) … Read More
  • Hafiz nafi guna bomoh untuk berjaya Dengan kejayaan yang dikecapi selepas memenangi Akademi Fantasia, Hafiz yang mempunyai vokal yang unik dan mantap menjadi kegilaan ramai. Namun ada sahaja suara halus mengatakan Hafiz menggunakan ilmu hitam dan bukan… Read More
  • Fiza muatnaik gambar Adam - Tanda hubungan sudah kembali pulih?Semua orang sudah mengetahui isu rumahtangga Adam dan Fiza yang dikatakan bergolak dan Fiza sudah memfailkan penceraian di mahkamah. Fiza juga telah meluahkan rasa terkilan kerana masyarakat dikatakan menuding jari kepadanya … Read More
  • Abang Long Fadil - Spin off dari KL gangster Siapa tak kenal Abang Long Fadil, rakan baik Malik dalam KL Gangster lakonan Zizan. Tak sangka dia akan mempunyai filem sendiri. Filem ini lakonan Zizan, Tauke, Yassin, Sofi Jikan, Syamsul Yusof, Aaron Aziz dan ramai lag… Read More
  • Tahniah! Mak Mah kini tunangan orangTahniah diucapkan kepada Ruminah Sidek atau lebih dikenali sebagai Mak Mah kerana telah bergelar tunangan orang. Ibu kepada Adlin Aman Ramli dikatakan bertunang dengan seorang Peneroka Felda. Pertunangan secara ringkas terseb… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan