Selasa, 22 April 2014

Mayat remaja diikat pada kerusi

Melaka: Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun ditemui mati dengan kedua-dua tangan dan kaki diikat pada kerusi di tingkat satu sebuah rumah kedai di Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam, mayat mangsa berbaju-T dan berseluar jeans ditemui sepasang suami isteri ketika meninjau lot kedai dua tingkat terbabit yang ingin dibeli mereka.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, mayat berkenaan ditemui dengan mulutnya ditutup menggunakan pita pelekat terikat pada sebuah kerusi yang jatuh di lantai.

"Tangan dan kaki mangsa diikat pada kerusi, manakala mulutnya ditampal dengan pita pelekat. Bagaimanapun, tiada kesan darah, kecederaan kasar atau tikaman ditemui pada tubuhnya.

ANGGOTA polis mengangkat mayat seorang remaja lelaki berusia 13 tahun yang ditemui mati dalam keadaan diikat pada kerusi di tingkat satu sebuah rumah kedai di Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam, Melaka, hari ini. - Foto Muhammad Hatim Abd Manan

 "Mangsa dipercayai berbangsa India namun identitinya masih belum dikenal pasti dan kita akan membuat semakan dengan semua balai polis sama ada terdapat laporan berhubung kehilangan remaja berkenaan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -myMetro

Related Posts:

  • (Video) Bayangan hantu menolak bola ke tiang gol? Penonton bola sepak dikejutakan dengan bayangan seperti hantu berlari kearah penonton ketika menonton satu perlawanan di Bolivia Bayangan misteri yang berbentuk seperti manusia sempurna itu muncul dan kelihata… Read More
  • Presiden Amerika Syarikat Barack Obama tiba di Malaysia KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama tiba di Malaysia sebentar tadi dalam rangka lawatan tiga harinya ke negara ini. Lawatan antara lain dilihat sebagai sebahagian usaha meningkatkan hubungan dua hala ked… Read More
  • Pilihanraya Bukit Gelugor 25 Mei ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan Pilihan Raya Kecil Bukit Gelugor akan diadakan pada 25 Mei dan penamaan calon akan ditetapkan pada 12 Mei ini.  Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf berkata… Read More
  • Bible diharamkan di semua hotel di Pahang Majlis Agama Islam Pahang (MAIP) telah mengharamkan semua hotel di Pahang untuk meletakkan sebarang bahan bacaan agama selain dari Islam didalam bilik hotel mereka.  Menurut Timbalan Pengarah MAIP Datuk Seri Wan Abd… Read More
  • Pesawat Firefly pula terpaksa berpatah balik Satu penerbangan Firefly ke Kota Bharu terpaksa berpatah balik ke Pulau Pinang, 15 minit selepas belepas pagi ini disebabkan masalah teknikal. “Kami berlepas dari Pulau Pinang pada jam 7 pagi dan selepas kira-kira 15 m… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan