Rabu, 23 April 2014

Laksa antara makanan tersedap di dunia

Laksa merupakan antara makanan kegemaran rakyat Malaysia dan Asia, keunikan sajian ialah hampir setiap negeri di Malaysia memiliki versi laksa tersendiri, Singapura juga mempunyai versi mereka sendiri. ada yang rasanya hampir serupa ada yang lain sama sekali. Apa pun setiap jenis laksa ini memiliki keunikan tersendiri.


Terdapat pelbagai jenis laksa di Malaysia dan paling terkenal ialah Laksa Penang atau asam laksa. Sehinggakan ia telah diiktiraf antara 10 makanan tersedap didunia oleh CNN Food. 


Gabungan rasa masam manis dan pedas membuatkan selera anda terbuka luas. Dan dibawah terdapat jenis-jenis laksa yang diketahui dan mungkin anda semua boleh mencuba semua jenis laksa ini. 




Asam Laksa atau Laksa Penang



Berasal dari Pulau Pinang, walaupun kuahnya agak cair, tetapi ia padat dengan rasa, dan apabila digabungkan dengan timun,bawang,daun salad, nenas dan sebagainya, ia akan membuatkan anda mengidam lagi. 


Laksa Kuala Perlis

Kuahnya agak pekat berbanding Laksa Penang dan tidak meletakkan nenas, namun rasanya tetap menarik, dan ramai sanggup ke Kuala Perlis hanya untuk menikmati laksa tersebut.



Laksam 

Berasal dari Kelantan. Kuahnya sedikit pekat dan keunikannya ialah ia menggunakan gulungan tepung beras yang dimasak sendiri di rumah, tidak semua mempunyai skil untuk membuat laksam ini. 


Laksa Kelantan

Ia sama seperti laksam tetapi menggunakan laksa beras sebagai "laksa"nya 



Laksa Terengganu atau Laksa Kuah Putih

Kuahnya sedikit cair dari Laksam dan laksa Kelantan tetapi menggunakan laksa beras . Selalunya ia disajikan bersama sambal merah 



Laksa Sarawak

Laksa ini agak berbeza kerana ia mengandungi makanan laut sinonim dengan orang sarawak yang mengemarkan makanan laut. ia menggunakan mee kuning dan kuahnya seperti kari namun sedikit berlainan. 


Laksa Kedah 

Rupanya seperti Laksa Penang, Namun rasanya berbeza dan tidak semasam laksa Penang. 



Laksa Johor

Laksa ini sangat unik kerana ia menggunakan spagetti dan kuahnya seakan bolognese. Dilengkapi dengan timun, bawang,telur, taugeh,  lobak masin dan sambal merah 



Kari Laksa 

Berasal dari Melaka, Laksa ini juga dikenali sebagai Laksa Nyonya , ia menggunakan mee dan kuahnya sangat berlemak dan pedas. Tauhu kering, ayam, telur dan sebagainya melengkapkan hidangan ini. 


Laksa Singapura 

Laksa ini seakan Laksa Nyonya tetapi dengan keunikannya tersendiri. Dilengkapi sayur tauhu, kerang, sambal, Kuahnya yang berkrim dan berlemak membuatkan anda mahu menambah satu mangkuk lagi - D



Sumber gambar Google





















Related Posts:

  • Tips Untuk Jimat Pada Ramadan Kali ini Ramadan akan menjelma beberapa hari lagi. Di Malaysia bulan Ramadan dianggap sebagai bulan untuk menikmati pelbagai juadah yang dijual di bazar Ramadan. Dan bila nafsu makan mula menguasai diri, pelbagai juadah dibeli dan… Read More
  • Video : Inovasi dari Orang Kedah Nampaknya beberapa orang dari Kedah telah mencipta satu cara baru dan mudah untuk memanjat pokok kelapa. Saksikan video diatas untuk melihat ciptaan menarik ini. Rasanya sudah boleh dikomersialkan. Semua monyet tidak perlu … Read More
  • Video : Kesan Khas Yang Awesome! Sudah banyak kali diulang video ini, serta dipause untuk melihat kesan khas nya, tetapi masih tertanya-tanya bagaimana dia melakukan semua ini dengan lancar. Tonton video diatas untuk melihat betapa awesome nya kesan khas n… Read More
  • Apa Yang Perlu Dilakukan Ketika Cuaca Panas Melampau Cuaca semakin panas dan kering. walaupun sudah mandi tetapi masih berpeluh. Bagi yang bekerja dan belajar, pasti cuaca panas ini memberi impak kepada aktiviti harian. Di bawah terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan… Read More
  • Lukisan Dari Asap Jim Dingillian telah menemui cara yang unik melukis iaitu menggunakan asap dalam botol. Mediumnya ialah asap jelaga dari lilin dan putik kapas. Dibawah ialah antara hasil karya Dingillian. Unik kan? ShareTweet imgur.c… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan