Home »
isu semasa
» Peniaga burger didakwa baling mercun selepas perlawanan Perak-JDT
IPOH: Seorang peniaga burger hari ini mengaku tidak bersalah menyebabkan letupan mercun selepas berakhirnya perlawanan bola sepak Liga Super antara Perak dan Johor Darul Takzim di sini pada Rabu lalu.
Mohd Sahir Yahya, 26, dari Parit Tok Ngah, Tanjung Piandang, Parit Buntar dituduh menyebabkan letupan iaitu membaling mercun ke arah anggota polis iaitu Mohd Mahiri Hussin, Zulhimi Hafiz Hamdan dan Muhamad Razif Semait di hadapan Stadium Indera Mulia dan di depan tapak pasar tani stadium itu pada 1 pagi, 16 April lalu.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan Letupan 1957 yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Peguam Mohd Fitri Asmuni yang mewakili tertuduh memohon mahkamah supaya membenarkan anak guamnya itu diikat jamin.
Selain Mohd Fitri, tertuduh turut diwakili peguam Khairul Anuar Musa dan Mohd Zambri Ibrahim manakala pendakwaan diwakili Insp. Nazaruddin Ibrahim.
Majistret Haslinda A Raof kemudian membenarkan permohonan tertuduh dengan menetapkan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin.
Kes itu disebut semula pada 3 Jun ini.
- BERNAMA
Related Posts:
Bekas Pelumba MotoGP Maut
“Keluarga sudah melarangnya supaya tidak menunggang bersendirian ke rumah sepupu di Pasir Gudang, tetapi apa boleh buat ajalnya sudah tiba,” kata Hilmi Affan Abdul Malik, 21, abang sulung kepada bekas pelumba MotoGP Malaysia… Read More
Hujan Meteor Di Malaysia Pada 23 dan 24 Mei.
Pada 23 dan 24 Mei rakyat Malaysia dan peminat astrologi dapat melihat hujan meteor atau meteor shower yang terjadi disebabkan Komet 209P/Linear. Menurut kenyataan dari Agensi Angkasa Malaysia (ANGKASA), dalam 100 hingga… Read More
Padah Cuba Melompat Pagar Sekolah
Tindakan nekad seorang pelajar berusia 17 tahun melompat pagar sekolahnya di sini, ketika sesi pembelajaran masih berlangsung mengundang padah apabila lengannya tersangkut pada jeriji pagar itu.
Kejadian berlaku… Read More
Rentung Dalam Kereta
Dua beranak yang menaiki Proton Iswara rentung apabila kereta itu meletup dan terbakar selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Bakam di sini, kira-kira 6 pagi tadi.
Proton Iswara dinaiki wanita bersama anaknya … Read More
Ke Rumah Kekasih Nak Basuh Baju
“Dia baru sahaja sampai rumah saya pagi tadi,” demikian helah seorang remaja lelaki yang memberikan alasan bagi ‘menyelamatkan’ kekasihnya ketika serbuan dilakukan anggota penguatkuasa kerana bersekedudukan.
Pasangan it… Read More
0 ulasan:
Catat Ulasan