Ahad, 20 April 2014

Sedia Bergelar Suami, Hans Isaac Akan Kahwin Neelofa Hujung Tahun Ini?


Terima kasih kerana datang jika anda jangkakan akan ada kenyataan rasmi dari mulut Hans Isaac tentang hubungannya dengan Neelofa. Selebriti yang semakin hari semakin eksklusif tentang kehidupan peribadinya itu masih enggan mengulas apa apa.
Namun, ada satu kenyataan Hans Isaac yang dipetik para media menarik perhatian kami. Seperti biasa apabila bertemu dengan penggiat seni ini, soalan tentang hubungan dengan Neelofa pasti menjadi salah satu soalan utama.
Menurut Hans Isaac, beliau sudah bersedia untuk mempunyai seorang teman hidup bergelar isteri dan akan membuat keputusan untuk berkahwin dan mengumumkan sesuatu pada Disember 2014 nanti. Ya, lapan bulan dari sekarang.
“Kalau diikutkan kesediaan untuk berumah tangga, saya sudah lama bersedia dan mungkin akan buat keputusan untuk berkahwin selewat-lewatnya Disember ini,” ujarnya kepada mStar Online ketika ditanya tentang status hubungannya dengan aktres Neelofa.
“Kehidupan peribadi saya kini lebih gembira & tenang. Namun seperti semua sedia maklum, saya tidak begitu selesa untuk berkongsi kisah peribadi dengan umum serta berkongsi gambar bersama kekasih di media sosial,” ujar Hans Isaac kepada portal GUA.
Spekulasi mula timbul mengatakan yang beliau bakal mendirikan rumahtangga bersama Neelofa, selebriti yang sekian lama dikaitkan dengan dirinya — namun ianya boleh jadi juga jika Hans Isaac sudah ada pilihan lain ‘kan? -Rotikaya

Related Posts:

  • Rita Dedah Sikap Sebenar Aidil Ekslusif dari Media Hiburan Kurang 24 jam daripada kenyataan Rita Rudaini berkenaan sikap isteri baru bekas suaminya, Aidil Zafuan iaitu Zarema yang dikatakan telah menyekat komunikasi Aidil dengan anak-anaknya, Aidil… Read More
  • (UPDATED)Hanez Suraya Saman MAS Pelakon kontroversi, Hanez Suraya Abdul Aziz dan kekasihnya, Romie Razin Aidilha Abd Jais  memfailkan saman terhadap Malaysia Airlines System (MAS) hari ini atas dakwaan mendedahkan tiket penerbangan mereka ke Bang… Read More
  • Kes Cerai Izreen Azminda : Yang Mana Satu Betul? Suami kepada pelakon Izreen Azminda, 29, iaitu Muhamad Riza Baharuddin, terkejut apabila dikatakan telah melafaz cerai terhadap isterinya di set penggambaran semasa berlakunya pertengkaran.Muhamad Riza, 31, yang juga juruk… Read More
  • Perkataan Lucah Atas Pakaian Apa yang ingin disampaikan oleh mereka, masih menjadi tanda tanya. Mungkin perkataan tersebut memberi maksud yang berlainan kepada mereka? Tapi mengapa si perempuan memegang dibahagian tut..... Gambar dijumpai di Instagra… Read More
  • Review The Amazing Spiderman 2 : Rise of Electro Seperti yang dijangka, panggung penuh sehingga ke tempat duduk paling hadapan. Ramai yang mengharapkan sequel untuk The Amazing Spiderman ini akan menjadi lebih hebat dari sebelumnya. Dan bagi saya itulah yang diberikan… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan