Khamis, 24 April 2014
G Pad – Sarung Silikon Mengubah iPhone Menjadi Gameboy
Kemampuan memproses telefon pintar di tangan anda adalah 850 kali ganda lebih berkuasa dari komputer yang digunakan untuk mendaratkan Lunar Module di permukaan bulan pada tahun 1969. Majoriti peranti mudah alih di tangan anda juga jauh lebih berkuasa dari konsol PlayStation 2. Jadi tidak mengejutkan terdapat banyak emulator yang membolehkan anda memainkan semula permainan lama pada peranti terkini anda. Masalahnya permainan konsol lama ini tidak dicipta untuk digunakan pada peranti sesentuh. Akibatnya ianya sukar dikawal dan tidak responsif. Kes terbaik ialah permainan Grand Theft Auto III edisi iPad yang kami mainkan langsung tidak menyeronokkan kerana sukar dikawal. Aws Jan ialah pembangun aplikasi emulator GameBoy GBA4ios. Beliau menyedari anak beliau mempunyai masalah mengawal watak permainan GameBoy yang di main pada peranti iPhone beliau. Oleh itu beliau mendapat idea untuk menghasilkan sarung khas bagi mewujudkan butang fizikal yang lebih mudah ditekan yang diberi nama G Pad. G Pad diperbuat daripada silikon dan dengan mudah boleh disarungkan pada5, 5C , 5S , iPod generasi ke 4 dan iPad Mini. Kelebihan G Pad ialah ia tidak memerlukan bateri dan tambatan secara Bluetooth seperti kebanyakan aksesori permainan iPhone yang ada di pasaran. Harga jualan ialah sekitar RM 44.
Related Posts:
5 Telefon Pintar yang di jangka mendapat sambutan untuk 2014 Ini mungkin membantu anda, jika anda bercadang membeli telefon pintar. Sudah semestinya anda mahukan telefon pintar yang terbaik dan berguna untuk anda – sila baca apa yang terdapat didalam senarai ini dan mungkin … Read More
Paparan Skrin Antaramuka LG G3 Tertiris Ke Arena Web – Menggunakan Rekaan mendatar "flat icons"Dengan beberapa pengeluar telah mula memperkenalkan kemaskini antaramuka untuk tema peranti mereka, pihak LG nampaknya tidak ketinggalan. Hari ini, beberapa gambar tertiris, memperlihatkan rekaan yang lebih mendatar bakal dib… Read More
Telefon pintar mana yang mana terbaik untuk anda? Menurut laman web TomsGuide Industri telefon pintar memang sangat pantas, syarikat seperti Apple,Samsung, HTC, mengambil masa kurang setahun untuk mengeluarkan model baru untuk memuaskan nafsu peminatnya yang sentias… Read More
Telefon Pintar OnePlus One Diperkenalkan Secara RasmiOnePlus sebelum ini telah mempromosikan dan hadir dengan beberapa teaser untuk telefon pintar mereka. Hari ini, secara rasminya mereka telah pun mengumumkan telefon pintar baru mereka yang dinantikan ramai itu. … Read More
Akan datang! "iPhone 6" iPhone adalah antara telefon pintar paling terkenal dan antara yang paling banyak dijual di dunia. Pengguna tegarnya sanggup beratur panjang untuk mendapatkannya. Dan Apple dijangka akan memperkenalkan iPhone versi baru pa… Read More
0 ulasan:
Catat Ulasan