Isnin, 21 April 2014

Budak oku 2 tahun diberi makan racun serangga & dibuang dari jambatan oleh bapa kandungnya


Shenyang (Liaoning): Seorang kanak-kanak OKU, Yu, yang berusia setahun 4 bulan dibunuh oleh bapa kandungnya sendiri dengan kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Si bapa memberi anaknya itu makan racun serangga, kemudian menekup mulut dan hidungnya dengan pita pelekat bilamana dia mendapati anaknya itu masih bernyawa.

Bagi memastikan anaknya itu benar-benar mati, dia menyumbat mangsa di dalam sebuah beg pakaian dan mencampakkan beg itu dari sebuah jambatan yang setinggi 5 meter.

Beberapa pekerja binaan yang menjumpai beg berkenaan menemui mayat seorang kanak-kanak yang ditekup dengan pita pelekat pada hidung, mata dan juga mulutnya. - Agensi

0 ulasan:

Catat Ulasan