BOT nelayan kelas A yang ditahan kira-kira jam 11.15 pagi semalam. - Foto ihsan APMM |
Kangar: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah bot nelayan membawa muatan 27.1 kilogram daun ketum segar yang dipercayai cuba diseludup keluar ke negara jiran melalui sempadan perairan Kuala Perlis-Satun, di sini.
Bot nelayan kelas A itu ditahan kira-kira jam 11.15 pagi semalam, pada jarak lebih kurang 1.7 batu nautika dari pantai Kuala Perlis susulan maklumat awam diterima.
Ketua Penguatkuasa Pangkalan Maritim Kuala Perlis, Leftenan Komander Shahrizan Raman, berkata ketika ditemui semua stok daun ketum terbabit dimuatkan ke dalam enam bungkus plastik hitam dan harganya dianggar melebihi RM2,700.
"Bot bersama tiga awak-awak termasuk tekong berusia antara 21 hingga 30 tahun itu ditahan dan dibawa ke jeti Maritim Kuala Perlis untuk tindakan lanjut," katanya.
"Bot bersama tiga awak-awak termasuk tekong berusia antara 21 hingga 30 tahun itu ditahan dan dibawa ke jeti Maritim Kuala Perlis untuk tindakan lanjut," katanya.
0 ulasan:
Catat Ulasan