Jumaat, 25 April 2014

Staf MAS menjadi Tebusan Di Beijing

Sources close to The Mole said MAS employees were held at the Lido Hotel in Beijing for a few hours/Google Images

10 staf Malaysia Airlines(MAS) telah dijadikan tebusan di dewan Hotel Lido yang terletak di Beijing lebih dari lapan jam oleh keluarga mangsa pesawat hilang MH370.


 Sumber mengatakan kepada The Mole insiden itu terjadi selepas taklimat harian memberi kenyataan dan membincangkan apa yang diumumkan oleh kerajaan Malaysia pada sidang akhbar semalam. 
"Keluarga mangsa tidak berpuas hati mendengar penjelasan yang diberi staf MAS di sana (Beijing) apabila serpihan yang tidak dikenali yang terdampar di Augusta di perairan Australia ialah bukan dari MH370" Kata sumber
Menurutnya lagi, ia adalah rutin untuk staf MAS memberi taklimat kepada ahli keluarga tentang apa yang diumumkan dan dibincangkan ketika sidang akhbar yang diadakan di Kuala Lumpur. 

Namun hari ini, taklimat itu tidak berjalan seperti biasa apabila 400 ahli keluarga tidak dapat menerima hakikat serpihan tidak dikenali itu bukan dari MH370.
"Mereka enggan mendengar penjelasan staf dan menuntut pegawai dari kerajaan Malaysia atau Australia secara peribadi memberi mereka kenyataan rasmi tentang serpihan itu dan bukannya dari staf MAS."
Untuk memahami keadaan mereka, Kedutaan Malaysia telah menghubungi keluarga mangsa namun tidak diterima kerana mereka hanya akan bersuara dengan pegawai kerajaan dan bukan dari kedutaan. 

Bercakap mengenai pegawai dari China atau pekerja hotel, sumber mengatakan
" Mereka tidak akan dan tidak pernah terlibat, dari hari pertama mereka tidak terlibat, hanya staf MAS menguruskan keluarga mangsa dari hari pertama"
Staf Mas yang ditahan di Beijing menghubungi pihak Malaysia melalui SMS dan mereka berhati-hati dan tidak menghubungi sesiapa melalui panggilan telefon kerana takut dirampas ahli keluarga mangsa. 

Penerbangan MH370 menuju ke Beijing membawa 239 termasuk 12 anak kapal, Ia hilang dari radar sejam selepas berlepas ketika berada di perairan Laut China Selatan. Ia sepatutnya dijadualkan mendarat di Beijing pada jam 6.30 pagi hari yang sama.

 Sumber MalaysianDigest

Related Posts:

  • Transkrip feri Korea Selatan mendedahkan saat cemas JINDO: Kru feri Korea Selatan mengambil masa untuk membuat keputusan memindahkan penumpang, menurut transkrip yang dikeluarkan pada Ahad. Dalam saat-saat terakhir sebelum feri itu mencondong, seorang kru di mana id… Read More
  • Polis siasat sabotaj MH192Putrajaya: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melakukan siasatan berhubung kemungkinan unsur sabotaj terhadap Penerbangan Malaysia (MAS) MH192 yang berpatah balik ke Kuala Lumpur awal pagi tadi, kata Ketua Polis Negara Tan Sri… Read More
  • Padah nyala rokok dalam kereta Abu Dhabi: Seorang warga Emiriah berusia 31 tahun melecur 60 peratus akibat kebakaran kereta selepas dia menyalakan rokok di dalam kenderaan itu. Mangsa menyalakan rokoknya sambil menyedut bahan berasaskan petroleum di dala… Read More
  • Remaja maut dihempap lori Georgetown: Perjalanan pulang dua sahabat ke rumah mereka di Balik Pulau mengundang tragedi apabila seorang daripadanya maut dihempap lori dalam satu kemalangan ngeri di Lebuhraya Dr Lim Chong Eu, kelmarin. Dalam kejadian k… Read More
  • Tiga maut kereta bergesel Kapar: Tiga maut termasuk seorang bayi perempuan berusia lapan bulan dalam kemalangan di Jalan Haji Abdul Manan, di sini, malam tadi. Kemalangan kira-kira 9.30 malam itu turut menyebabkan empat yang lain parah. Kemalangan … Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan