Fiza meminta masyarkat hormati pendirian nya dalam isu cerai nya bersama Adam yang heboh di perkatakan, Fiza melaluai laman sosialnya hari ini meminta maaf dan berharap masyarakat faham apa setuasi yang di alaminya, beliau hanya wanita biasa yang hanya mampu merancang dan berdoa agar setiasa di rahmati yang maha esa dalam apa yang dilakukan.
Sebulan selepas pasangan ini berkahwin, sudah timbul khabar angin mengatakan mereka bergaduh besar sehingga mendapat liputan media dalam industri hiburan dan akhir akhir ini timbul satu lagi dakwaan yang mengatakan hubungan mereka semakin tidak dapat dipulihkan.
Laporan Utusan Malaysia hujung minggu lalu menimbulkan lagi satu persoalan sama ada rumahtangga Adam & Fiza Elite ini mampu bertahan atau pun tidak selepas si isteri khabarnya sudah berkunjung mahkamah untuk selesaikan masalah yang melanda.
Wartawan tersebut ada menulis yang khabarnya Fiza Elite ada ke mahkamah pertengahan minggu lalu untuk merujuk masalah rumah tangga ke pejabat agama.
Walaupun pemergian beliau ke mahkamah tidak diketahui ramai tapi ada sumber yang dedahkan Fiza Elite dikhabarkan memfailkan penceraian pada hari Rabu lalu di Shah Alam, Selangor.
Adam AF pula dalam beberapa kenyataan media terbaru berkata yang mereka tidak mempunyai masalah besar seperti didakwa dan hanya bergaduh manja seperti pasangan suami isteri lain.
Admin berharap Fiza tabah, mungkin ada hikmah dengan apa yang berlaku dan semua itu adalah kehendak takdir kita hanya mampu merancang. -brothersam
0 ulasan:
Catat Ulasan