Ahad, 20 April 2014

Fung tidak mahu rasa tertekan

Foto Bernama

PEMAIN profesional negara, Nicholas Fung berharap dapat mengekalkan prestasi cemerlangnya sekarang hingga ke pusingan akhir Kejohanan Golf Terbuka Malaysia Maybank 2014 di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC), Bukit Kiara, di Kuala Lumpur esok.

"Saya gembira dapat bermain hujung minggu ini. Secara keseluruhannya pukulan saya baik dan saya dapat melakukan beberapa pukulan putt," katanya. 

"Pukulan saya tidak berapa baik. Saya perlu berlatih di lapang sasar untuk memperbetulkan pukulan saya.
"Saya mahu mengumpul mata serendah yang boleh pada pusingan akhir dan berharap dapat berada dalam 10 kelompok terbaik. Saya tidak fikir idea yang baik, untuk bermain agresif pada pusingan akhir," kata Fung. 
Hari ini, Fung melakukan satu di atas par 73, untuk mengumpul 216 pukulan selepas tiga pusingan.
Ketika ini beliau berada di kedudukan ke-44 bersama empat pemain golf yang lain.

"Saya akan bermain dengan lebih berhati-hati di pusingan akhir. Saya fikir adalah lebih mudah bagi saya untuk mendapat birdie. Ini pertama kali saya berjaya melepasi had kelayakan jadi saya tidak mahu meletakkan harapan tinggi pada hari terakhir. Saya hanya mahu menikmati kejohanan ini," katanya. 

Dua lagi pemain Malaysia yang berjaya melepasi had kelayakan ialah Khor Kheng Hwai dan Gavin Kyle Green, yang masing-masing berada di kedudukan ke-56 dan ke-60. 
Selepas tiga pusingan, Khor mengumpul dua di atas par 218 selepas melakukan dua di atas par 74 pada pusingan hari ini manakala pemain amatur Malaysia, Green mengumpul tiga di atas par 219. 
- Bernama

Related Posts:

  • EPL: Moyes dipecat minggu ini? KUALA LUMPUR:Pengurus Manchester United David Moyes dikhabarkan bakal dipecat dari jawatannya oleh pemilik kelab itu , keluarga Glazer, lapor beberapa akhbar Britain.Menurut The Guardian semuanya ekoran prestasi merudum p… Read More
  • Presiden PBNJ Tunku Ismail kecewa sedia undur diri ? JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor, Ismail Sultan Ibrahim bersedia melepaskan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) ekoran pelbagai kenyataan berbaur ugutan oleh penyokong Johor Darul Ta'zi… Read More
  • Chelsea tanpa Cech, Terry hingga akhir musim MADRID: Penjaga gol Petr Cech akan terlepas baki aksi musim ini selepas tercedera dalam perlawanan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah dengan Atletico Madrid, sekali gus menggugat peluang pasukan itu dalam sain… Read More
  • Perhitungan final Federer, Wawrinka Monte Carlo, Monaco: Roger Federer dan Stanislas Wawrinka mara mudah ke perlawanan akhir Masters Monte Carlo, kelmarin sekali gus mencetus pertembungan final dua pemain Switzerland kali pertama dalam tempoh 14 tahun… Read More
  • Rodgers Yakin Liverpool Mampu Atasi Tekanan LONDON – Brendan Rodgers percaya pasukannya mampu mengatasi tekanan disebabkan harapan tinggi peminat ketika kelab itu kini berada di laluan untuk menamatkan kemarau kejuaraan Liga Perdana Inggeris. Liverpool yang menghu… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan